Powered By Blogger

Sunday, 8 March 2015

aKuaRiUm bArU @ PenUkaran aiR

TiPs akuarium yang Baru diBeli, serta penukaran air pada akuarium anda.
  • Dicadangkan agar membeli akuarium     yang bersaiz 2 kaki ketas bagi memudahkan penjagaan akuarium.
  • Dapatkan akuarium yang sesuai dan mengikut kemampuan anda. Setelah mendapatkan akuarium dan kelengkapan jangan terburu-buru membeli ikan yang anda minati kerana dikuatiri ikan tersebut akan mati.
  • Pilih tempat yang sesuai untuk meletakkan akurium. Hindari dari meletak akurium ditepi pintu atau berdekatan cahaya matahari yang terus.
  • Pasang peralatan seperti:
     1) Filter serta pump
     2) Motor oksigen
     3) Hiasan dalaman seperti batu, tanah,               kayu.
  • Penuhkan air akuarium, dinasihatkan agar ttidak terlalu penuh pada permukaan atas akuarium, admin sarankan agar mengunakan air yang ditapis atau menggunakan air tangki yang terdapat ditandas. Kerana air tersebut telah mendap klorinya.
  • Semasa air sedang diisi, hidupkan pump serta motor oksigen. Isikan anti oksigen dengan sukatan yang sesuai serta isikan garam pada filter agar membolehkan garan terlarut dengan perlahan.
  • Biarkan akuarium tersebut selama seminggu bagi membolehkan air tersebut mendapat pH yang sesuai. Bagi pengguna yang telitu boleh dapatkan kit untuk menguji pH air. 
  • Setelah seminggu boleh dapatkan ikan yang sesuai untuk dibela. Asmin cadangkan bela ikan lampam serta ikan kap dahulu.
  • ikan ini mudah untuk dibela dan boleh dapatkan makanan ikan yang sesuai.
  • Belilah ikan dalan kuantiti yang sikit dahulu bagi memastikan akuarium anda selamat digunakan.
  • Proses penukaran air akan admin ajarkan pada entri akan datang.


Friday, 6 March 2015

PENGGUNAAN TIMER (PEMASA)

Pegunaan timer dapat memudahkan pengguna menetapkan masa yang diperlukan untuk waktu yang perlu digynakan, contohnya jika ingin menetapkan lampu di luar rumah dibuka pada waktu 7.00 PM sehingga pada pukul 12.00 AM.

pengunaan timer akan menjimatkan tenaga kerana ianya akan beroperasi pada masa yang ditetapkan. pada pengunaan akuarium, admin menggunakan timer bagi membolehkan pam yang mengeluarkan oksigen dihidupkan pada masa yang ditetapkan.

admin akan menerangkan penggunaan soket pemasa yang terdapat pada pasaran dimasa kini. Plug Timer ini mudah didapati di kedai D.I.Y yang berharga RM12.50.

  1. Pastikan pada masa pada waktu sekarang, Jam rumah admin menunjukan pada waktu 10.00 PM, jadi admin setkan masa pada jarum penunjuk di A pada senggat 22 bersamaan 10.00 PM. (Timer boleh disetkan jika soket tidak lagi disambungkan)
  2. Pada penunjuk B lampu indicator akan menyala jika beroperasi. 
  3. Pada penunjuk C diantar nombor pada senggat 18 untuk disetkan waktu operasi. setiap senggat akan diturunkan dan satu senggat mewakili 15minit waktu operasi (seperti gambar terakhir). Anda akan dapat melihat penunjuk berwarna oren jika senggat diturunkan, jadi timer tersebut disetkan akan beroperasi pada jam 5.00 PM selama 15 minit. jika satu senggat diturunkan.
  4. Pada penunjuk D pula adalah disetkan waktu timer akan di on kan, jadi timer akan beroperasi pada masa ditepkan. jika disetkan pada D jadinya timer akan beroperasi
  5. Pada penunjuk E bagi mematikan pemasa jadi soket dapat digunakan bila-bila masa diperlukan. timer tidak oakan beroperasi jika disetkan sebegini. 
KOmen dan cadangan akan dilayan. huhu





Pengunnanya