Powered By Blogger

Monday, 1 December 2014

Penyediakan Akuarium Baru

Penyedia Akuarium Ikan Hiasan

Peralatan Asas Yang Diperlukan :

1) Anti Klorin 
Terdapat pelbagai jenama Anti Klorin dipasaran dengan harga yang murah, harga diatas cuma RM1.00, sukatan untuk akuarium bersaiz 2kaki setengah memerlukan 4 penutup cecair anti klorin. 

2) Garam
Garam diperlukan bagi mematikan kuman, Admin meletakkan sebanyak 2 sudu besar garam didalam top filter yang admin guna di akuarium bersaiz 2 kaki setengah.
  
3) Ubat
Ubat General And Special admin akan gunakan setiap kali penukaran air akuarium digunakan. sukatan adalah sebanyak 4 penutup penuh cecair tersebut. Ubat ini dapat membantu menyembuhkan jangkitan serta penyakit sisik berdarah yang selalu terjadi pada ikan Lampam yang admin bela.

4) Akuarium
Pelbagai saiz akuarium yang terdapat di pasaran, nasihat admin gunakan akuarium bersaiz 2 kaki keatas lebih mudah untuk diselengara dan memudahkan penukaran air akuarium. kitaran bakteria baik juga mudah dilakukan jika saiz akuarium 2 kaki keatas. Admin menggunakan Akuarium bersaiz 2 kaki setengah.

5) Penapis
Terdapat pelbagai jenis filter digunakan bagi menapis kotoran pada akuarium, penapis diatas jenis Top Filter, mudah digunakan dan diselengara. Filter Span didalam Penapis disarankan menggunakan filter berharga RM4.00 keatas kerana mudah dibersihkan dan boleh digunakan berulang kali.


No comments:

Post a Comment